02 September 2012
Aku Rakyat Malaysia, Dia Pun Rakyat Malaysia, Apa Bezanya?
Setuju tak korang kalau aku cakap undang-undang kat malaysia ni double stardard? Sebab apa? Sebab kenapa kereta aku yang tinted gelap sikit je lebih 5% je dari spesifikasi jpj kena saman, orang yang memandu kereta mewah tak kena saman pun lagi tak nampak dalam terus, nombor plat aku design ala-ala kaca kena saman, yang pakai kereta mewah nombor plet sebesar nombor plet motorsikal tak kena pulak saman, cuma kalau laju je sama-sama kena saman.
Tolong la, aku tau la aku ni tak banyak duit, sebab tu pakai kereta biasa je, tak mampu nak beli BMW 5 series, alepat, velpayah, estimak bagai semua tu.Undang-undang ni ade beza ke untuk orang berduit dengan orang yang kurang berduit? Bukan undang-undang tu sama ke, kata 1MALAYSIA, kalau 1MALAYSIA saman semua la tak kira berduit ke, kurang berduit ke.
Ke sebab yang pakai kereta mewah ni bayar road tax mahal, jadi tak payah nak saman. WTF!!!! Kalau diaorang mampu beli kereta mahal macam tu, setakat saman seribu dua kecik je….. Ke yang pakai kereta mewah ni jenis yang wanted sampai dah iklan kat motor trader sebab tak bayar? Kan aku dah mengarut entah kemana…….. Ok la sebelum aku mencarut dan lagi mengarut baik aku blah dulu, k bye………..
\^/ gomok \^/
sumber : 912 GENERATION
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment