24 June 2012
Pontianak Punya Cerita
Pada suatu malam 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing.
Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat, mereka pun cuba membuktikan kehebatan.
Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian balik semula kepokok tersebut. Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.
> Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?
> Pontianak B : Nampak!
> Pontianak C : Nampak!
> Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.
Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 10 saat kemudian balik semula ke pokok tersebeut. Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.
> Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?
> Pontianak A : Nampak!
> Pontianak C : Nampak!
> Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.
Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak A dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.
> Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu?
> Pontianak A : Nampak!
> Pontianak B : Nampak!
> Pontianak C : Err... tadi aku tak nampak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment