24 June 2012

Kemalangan Kren

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Sameon Sengal


Semasa isteri sameon sedang menanti hari untuk melahirkan anak sulung mereka, ibu semeon telah berpesan kepada sameon.
Ibu : meon, nanti anak ko lahir, uri dia ko letak dalam periuk tanah pastu tanam.
Meon : ye mak
Ibu :meon kalau ko dapat anak lelaki ko letak pensil, buku dan paku supaya dia rajin belajar dan tahu bertukang, kalau anak perempuan ko jangan letak paku, ko tambah senduk, jarum & benanag supaya dia rajin belajar dan pandai menjahit dan memasak,
Meon : baik mak

Selang beberapa minggu kemudian isteri sameon telah selamat melahirkan bayi perempuan, setelah selesai segala urusan di hospital, sameon terus pulang membawa uri anaknya untuk ditanam di rumah ibu mertuanya. Ketika itu bapa mertua sameon berada dirumah.

Bapak : meon, kau buat ape dgn uri anak ko tu?
Meon : tak de pak, mak saya cakap kalau nak tanam uri, letak sekali pensil, buku, senduk, benang & jarum supaya nanti bila anak saya dah besar dia rajin belajar, pandai memasak dan menjahit.
Bapak : tapi kenape ko bingai sangat?
Meon : apenye pak?
Bapak : pensil, buku ngan senduk tu aku tak heran, tapi yang ko tanam dengan laptop, kalkulator & mesin jahit tu buat ape???!!!!!!
Dengan selamba badak sameon menjawab,
Meon : kalau laptop, nanti dia celik it, kalkulator pula supaya dia pandai mengira jadi dia pandai berbelanja, mesin jahit pula kan lagi senang nak menjahit.
Bapak : (tepuk dahi sambil berkata dalam hati) kenapelah bingai sangat menantu aku seko ni
Meon : bapak? Bapak tak ape-ape ke?
Bapak : (berlalu pergi tanpa sepatah kata sambil memikirkan akan nasib cucunya akan datang)...............



Cerita rekaan semata-mata

ape-ape aje la dia ni



masalah pekerja, tapi jual car wash tu, cari pekerja je kan dah settle masalah......

Lelaki Idaman Setiap Wanita


Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…
Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…
Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…




sesungguhnya lelaki sekalian cuba kita ikuti tips ini untuk menambat hati gadis yang kita cintai........

Kisah Seram Di Bukit Putus


Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya ?Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini??,?Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni? Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak???. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu?

? Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak?, terkeluar dari mulutnya? Tapi hatinya masih lagi was-was? Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya? seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni? seorang diri pulak tu?

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu? Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika? Tiba-tiba? dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih? ditambah lagi dengan baju yang dipakainya?

Dia pun beranikan diri dan bertanya?

?kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
?ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat? ?
? Saya ada kelas yasin? ? jawab perempuan tu
?Tapi.. putihnya lain macam aje? tak pernah pulak saya tengoknya ?
tanya lelaki tu lagi.
?Apa yang lain nya? sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok???
? Eyea? lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya? ?
? Ehh takkan sampai seram? ?

?Pakai aje le Breeze colour baru!!!?

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya.

antara CIA, FBI & PDRM siapa yang paling handal?


CIA, FBI dan PDRM masing2 nak membuktikan bahawa merekalah
yg paling terrer bab2 jenayah ni. Jadi, si President pun buatlaa satu ujian
utk mereka. Dia melepaskan seekor arnab ke dlm hutan dan menyuruh mereka
mencarinya.

CIA masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang2 sebagai
informer ke seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan
batu2 yg ada di dlm hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3
bulan, mereka membuat kesimpulan yg arnab itu tidak wujud.

Sampai giliran FBI pulak. Selepas 2 minggu ketiadaan
sebarang petunjuk, mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di
dlmnya, termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan yg sudah
nasib si arnab tadi utk mati di dlm hutan itu.

PDRM pulak yg masuk. Mereka keluar 2 jam selepas itu dgn
seekor beruang yg dah lembek sbb kena pukul. Beruang itu menjerit, 'OK,
OK... aku arnab... aku arnab!!'

Puisi Suami Isteri


Puisi Dari Suami Kepada Isteri Untuk Kahwin Lain
Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!

Kisah Interview Dengan Pengembala Kambing


Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....

Tatacara Menjawab Telefon Dengan Betul


Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih? lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).
.
.
. 1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
. Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
.
. 2. Soalan: haloo, siapa disana?
. Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
.
. 3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
. Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
.
. 4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
. Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
.
. 5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
. Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
.
. 7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
. Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.
.
. 8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
. Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
.
. 9. Soalan: halloo... ...
. Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
.
. 10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
. Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
.
. 11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
. Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.
.
. 12. Soalan: assalammualaikum...
. Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
. jawab)

Pelawak Yang Bijak


Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek...

Lalu hakim berkata..
"kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab... kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata..
"Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum...".

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan. . lalu buku itu di berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan...

"Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif..."
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan. ..

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan.. .
"Cuba jawab 1253x254-45557+ (5454x25451) dalam masa 5 saat..".
Samb! il menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya... da n ternyata tepat..
Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan. .

Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
"Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak..
Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..

Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..
"Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"
Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..

hakim berkata...

"Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini...".
"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!".
Pelawak itu kemudian dibebaskan..

J.A.I.S punya pasal


Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.

Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman,

"Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..."

Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.

Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.

"Seman Seman... sen pun kau dapat... mambang pun kau dapat malam ni... memang malam kau la ni..."

Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.

Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak diendahkan Seman.

"Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah..."

Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.

Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model jamu yang menjadi pujaanya.

Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya.

"Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap..."

"Ala bang Seman, tak payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang..."

Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.

Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya diexplore oleh Seman.

"Tok! Tok! Tok!"

Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.

"Jais... Jais..."

Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.

Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.

"T...t...takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c...cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat s...sini. Abang Seman cuba g...gayut kat sini..."

Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.

Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,

"Ni rumah encik Jais ke?"

Ani tergamam.

"Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong..."

Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan.

Sameon Tegak



Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan....lapan kali! Pun masih belum puas hati. Ditatapnya dari atas keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan penggayaan sakannya petang itu. Okey la ni, dah cukup cantik hapa? Sawiyah bersoal dan berjawab sendiri. Memang sebelum ini pun aku dah memang cantik, memanglah... Sawiyah berbangga pun sendiri.

Selama ini pun Sawiyah acap benar mendengar pujian-pujian tentang dirinya. Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu kepadanya. Sawiyah tahu itu. Sawiyah faham itu. Sawiyah senang begitu! Cuma mujurlah Sawiyah tidak mudah cair dengan segala pujian-pujian murahan begitu. Barang baik mesti berharga tinggi. Itu kena jaga. Begitu pegangan Sawiyah. Dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, Sawiyah bolayan terus. Apa klasss diorang tue?

Namun demikian setelah kehadiran Sameon sepejabat dengannya, pegangan hidup Sawiyah mulai goyah. Second bosnya itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. Dulu dia payah memberikan senyum kepada sebarang lelaki, tetapi kepada Sameon sengihnya melebar nampak gusi. Keramahan sapaan Sawiyah kepada Sameon terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yg lain. Tapi Sawiyah tak pedulik itu semua. Targetnya hanya satu, Sameon!

Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua Sawiyah
buat selamber jerrr. Selamba dog! Pada Sawiyah dia yakin sangat-sangat dia
tidak bertepuk sebelah tangan, Sameon jugak bertepuk dengan dia. Cuma tepuk Sameon ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang. Sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. Itu pun
sangat-sangat Sawiyah pasti!

"Malam ini u ada pree tak? Kalu boleh, I ndak ajak dinner!!" begitu lama
Sawiyah ternanti-nanti pelawaan sebegitu. Pelawaan dari Sameon yang selama
ini tak pernah lepas dari benak Sawiyah. Bagaimana mesti Sawiyah jawab,
kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betina bila
berdepan dengan yang jantan. Lalu disitulah kemuncaknya.

Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama,
Sawiyah bersiap habiss. Dadanya tak berhenti-henti dug-dag-dug- dag enantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu. Sameon! Sameon! Berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis Sawiyah. Dan apabila deru kereta Sameon memasuki laman rumah sewanya, Sawiyah laju menuju ke pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal.

Sameon tersengih segak menanti, sedang Sawiyah buru-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum Sawiyah terlalu lebar semasa menutup pintu kereta Sameon. Cuma sayang senyum Sawiyah itu tidak kekal lama. Hanya sekitar 1 jam 18 minit kemudian, bibir yang menguntumkan senyum itu bersimpul sesimpul-simpulnya.

Wajah Sawiyah cukup kelat, sewaktu menghempaskan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, Sawiyah tidak menoleh ke belakang lagi. Deru kereta Sameon yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinga. Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan... lapan kali! Dan semakin ditatapnya wajah dicermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa Sameon di telinga... "U memang lawa. Body pun best. I minat gila kat u...cuma yang satu kurang gemar...bulu idung u terkeluar. Geli!!!!..."

Pelan-pelan Sawiyah meraba hidungnya... ...

Moral : Mana ada manusia yang sempurna?

Paku Juga Punya Perasaan








Kisah Dua Hantu


Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun... Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Surat Memujuk


Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah
kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta
lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu
bersama hamstermu menerjang segala kekusutan
yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti
rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa
laut,beruang kutub, penguin, kambing salji,mee rebus, cendol,
koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan
Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan
Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan
yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah
mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh
penternak lipan di Burma.

Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah
Sukan Komanwel 1998. Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada
penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu
menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara
mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai
langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah
terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang
angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi
setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke
rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap
di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai
sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter
akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai
berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa
raya. Sejak itu kausering melarikan diri bila terserempak dengan abang
iparku.Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak
kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk
mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang
rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti
sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang.

Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,
tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah
empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa?Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau
curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau
terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri.

Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan
diatas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang
terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386
ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku
terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar
Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis
pula keretapi Komuter
hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan
biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver,power ranger's,mojako, shin chan,
goku, david lau, halim, jamal, maskot sukma,McDonald's, Superman atau
Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah
Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan
kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana
nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun
luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu
termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan
lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku
tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada
kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di
sekitar Argentina, selagi kumpulan amuk tidak berpecah, aku tetap
menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa
penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan
mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau
tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Ayam Jalak Tua

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan
ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang
sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam
betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan
macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah
masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).

Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua
tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik
ladang tersebut memutuskan untuk membeli
seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan,
segak, macho dan yang sewaktu nganya.

Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam
jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan
hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer
mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti
ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt
kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh
ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya
muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah
tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat
seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper
kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah
pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku
maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni
(jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata
kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan
mengadakan satu pertandingan. Siapa yang
menang boleh ambil semua ayam betina yang ada
kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja,
pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa
ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat
lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer
pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum
kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena
aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di
depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh
keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua
lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari
menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban
yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter
menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung
oleh pemilik peternakan.
Kenapa?Huh?

[jawapan ada di bawah]
















Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-
HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat
yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR
AYAM JALAK TUA AKU" Wakakakakaka.... Wakakakakaka.... Wakakakakaka....

renung2kan & selamat beramal.


cerita ni rekaan semata2

setelah dunia kiamat & semua manusia tlh dihitung baik & jahatnya
tiba masa untuk di masuk kan semua ke syurga untuk selamanya
jadi tuhan tlh mengarahkan semua orang untuk bekerja sama
untuk membina jambatan menghubungkan syurga & neraka.
project join venture antara penghuni syurga & neraka pn bermula.
maka bersungguh lah semuanya untuk menyiap kan jambatan
yang menghubungkan syurga & neraka.
apabila sampai tempoh yang ditetepkan maka tuhan telah datang
untuk buat inspection. jambatan yang dibina oleh penghuni neraka
siap dengan indahnya.tetapi jambatan yang dibina oleh penghuni syurga telah terbengkalai
maka tuhan telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal ini.
tuhan telah bertanya kepada pihak syurga kenapa jambatan mereka
terbengkalai.
maka ketua syurga berkata.
syurga telah mengalami kekurangan tenaga pakar. semua
engineer, arkitek , designer . telah masuk neraka
jadi sebab itulah jambatan kami tidak siap.





renung2kan & selamat beramal.

Gadis Yang Bijak


Kejadian ini berlaku di dalam sebuah pernebangan Boeing 767 dari Los Angelas ke malaysia. Kelihatan seorang gadis cantik molek sedang duduk bersebelahan dengan seorang peguam cerdik pandai.Otak peguam yang bergeliga itu terus bertanya gadis tersebut untuk bermain teka-teki. gadis yang dalam keletihan & penat tidak berminat & dengan sopan santun ditolak permintaan peguam tersebut . Peguam berasa tidak puas hati & berasa direndah-rendahkan maka diajaknya gadis untuk menjawap teka-tekinya.
Peguam berkata" saya tanya satu Teka-teki ,jika u dapat jawap I pay u RM500 but if u tak dapat jawap u only pay me RM5.00 !!! amacam ??
maka gadis tersebut menerima cabaran peguam tanpa segan-silu.
Peguam terus memulakan teka-teki yang pertama : " Berapa jauh jarak diantara Bumi dan bulan??"
gadis tersebut diam selamba dan membuka dompenya mengeluarkan wang RM5.00 menyerahkan kepada peguam tanda kalah.
"Sekarang giliran u" cabar peguam! ..
Maka gadis acuh tak acuh bertanya : " Apakah haiwan yang naik bukit dengan tiga kaki dan turun bukit dengan empat kaki "
Peguam tersebut terus mengeluarkan computer dari begnya dan terus mencari maklumat, tiada jawapan... Dia terus memasangkan Modem dan mencari dalam internet ..tiada jawapan .Dengan putus asa,peluang terakhir dia mengirim e-mail kepada setiap kawanya sebagai Doktor, lawyer. scientice, arkitek, namun tiada yang dapat menolongnya.
setelah sejam bergelut untuk mendapatkan jawapan akhirnya peguam tersebut mengaku kalah dan mengejutkan gadis yang telah tertidur dan menyerahkan RM500.00 tanda kalah.
Dengan perasaan ingin tahu, peguam bertanya apakah jawapan untuk teka-teki tadi?
Dengan selamba, gadis itu membuka daompetnya dan mengeluarkan note RM5.00 dan menyerahkan kepada peguam tersebut dan menjawap : "Tidak Tahu"

Bunuh Setan


Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa
yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.'Abang,
abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh
kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang
betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti
membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'. Kata si suami 'yerr kerr?'
Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg?
sambil ketawa.. Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
'takpe...tunggulah malam'.
Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' .
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata
'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ...........
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'

Lelaki VS Perempuan


Lelaki:
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt



Wanita:
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake..

Pontianak Punya Cerita


Pada suatu malam 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing.
Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat, mereka pun cuba membuktikan kehebatan.

   Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian balik semula kepokok tersebut. Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.
> Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?
> Pontianak B : Nampak!
> Pontianak C : Nampak!
> Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.

   Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 10 saat kemudian balik semula ke pokok tersebeut. Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.
> Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?
> Pontianak A : Nampak!
> Pontianak C : Nampak!
> Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.

   Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak A dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.
> Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu?
> Pontianak A : Nampak!
> Pontianak B : Nampak!
> Pontianak C : Err... tadi aku tak nampak

kenape ALLAH temukan kita dengan orang yang salah


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Dijadikan kekasih atau sekadar teman?


Katanya hanya teman tapi masih ada rasa cemburu? Ada feeling juga, ya? Atau cinta platonis? Tidak usah malu mengakuinya. Bukan anda saja yang pernah jatuh hati pada sahabat sendiri, perkara ini sering terjadi kepada lelaki yang menjalinkan persahabatan dengan wanita, atau sebaliknya.

Ngomong-ngomong kenapa tidak berkasih sahaja? “dilema! Dia memang baik tapi kami tak mungkin berkasih. Dia teman saya yang paling baik. Sumpah, kami tak punya perasaan apa-apa selain bersahabat.

Ikut Situasi
Anda pernah mendengar kata-kata demikian apabila diaju tentang persahabatan intim mereka. Walaupun bersahabat, lagak mereka seperti pasangan bercinta. Mengapa jadi begitu ya?
Seperti hukum aksi-reaksi Newton, setiap sebab ada akibatnya. Setiap perbuatan ada imbalannya. Memang tidak selalu buruk, dan tidak juga selalu baik. Demikian pula dalam sebuah hubungan, kalau anda menganggapnya sebagai sahabat, maka anda akan mendapat imbalan perlakuan sebagai sahabat. Sebaliknya, jika anda meletakkan diri sebagai kekasih, maka dia mungkin akan memperlakukan anda sebagai seorang kekasih. Tapi semua itu relatif, tergantung dari sudut mana anda melihatnya. Tergantung dari cara anda memperlakukan dia, mood dan situasi yang terbentuk antara kalian. Sebelum membuat pilihan, mari kita berfikir secara logik. Kalau anda fikir persahabatan lebih penting dari asmara, maka anda harus rela membuang perasaan cinta yang sangat dalam kepada dia. Anda juga harus rela melihat dia bergandingan dengan orang lain.

Bukan Kekasih
Silakan mengurut dada tatkala anda melihat memeluk atau dipeluk, mencium atau dicium oleh kekasihnya. Anda harus rema manjadi “keranjang sampah”  atau tempat mengadu ketika dia sendu. Boleh dimengerti bila anda merasa sebagai orang yang paling mengerti perasaannya, apalagi bila hubungan persahabatan kelian telah terjalin sekian lama. Tapi ingat, memandangkan dirinya telah mempunyai kekasih, maka posisi anda tidak lebih dari seorang teman. Sekali lagi anda hanya “keranjang sampah” baginya. Kalau anda ingin mempertahankan persahabatan, maka anda harus sedia menerima kenyataan bahawa hubungan anda dan dia tidak akan berkembang lebih lanjut, dalam erti kata lain hubungan yang begitu sahaja. Tapi, apa yang akan terjadi kalau anda dan dia “memang menyimpan perasaan antara satu sama lain”?
Sayangnya, tidak ada jaminan kisah asmara yang lahir akan mengesan seperti yang dibayangkan sebelumnya. Sebaliknya, anda harus bersedia kehilangan tempat “mencurahkan rasa hati” bila ada masalah soal asmara. Bayangkan kepada siapa harus anda mengadu sedang marah dengan dia -sahabat yang akan/telah menjadi kekasih anda itu-? Kenapa? Kerana sebelum ini anda telah memiliki ikatan yang kuat, yakni sebuah persahabatan. Kalau dulu, anda boleh menganggap mudah semua yang terjadi antara kalian, “kau-kau” , “aku-aku”, maka mahu tidak mahu anda harus mula berkongsi semuanya. Anda juga tidak boleh lagi meminta saranan kalau ada orang yang lebih baik dari dirinya, pasangan anda. Silap-silap anda boleh kehilangan sahabat sekali gus kekasih, betul tidak? Walaupun begitu, keputusan mutlak berada ditangan anda, dan perlulah diketahui bahawa cinta itu satu anugerah.

10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya

ayat tarikh lahir


1-Ambil ayat dari bulan korang lahir:

January--------aku sepak
February-------aku lompat atas
March-----------aku karate
April-------------aku cium
May--------- ----aku terajang
June-------------aku peluk
July--------------aku buat sardin dengan
August-----------aku makan dengan
September------aku menari dengan
October----------aku menyanyi dengan
November-------aku jelir lidah kat
December-------aku lari keliling

2-Ambil ayat dari hari lahir korang

1------- burung hantu
2------- makluk asing
3--------public phone
4------- basikal aku
5------- lelaki salji
6------- gangster kampung
7--------mobile telefon aku
8--------hantu jepon
9--------kawan baik nenek aku
10-------kawan lembu aku
11-------cikgu lama aku
12-------kerbau ayah kawan aku
13-------ahli bomba
14-------lembu mak aku
15-------kambing ayah aku
16-------kapak mak aku
17-------lesung batu
18-------pedang aku
19------ lelaki lembut
20-------tikus adik aku
21------ ninja
22-------Chuck Norris
23-------mee kari adik aku
24-------kambing aku
25-------pemain bola sepak
26-------buaya
27-------ayam serama
28-------ipod aku
29-------kucing engkau
30-------kutu rayau
31-------hantu jepun

3-Ambil ayat dari hujung tahun korang di lahirkan

1--------- di dalam kereta aku
2 ---------di atas katil engkau
3 ---------di dalam jamban
4 ---------di bawah katil
5 ---------di atas motosikal
6 ---------di bawah jambatan
7 ---------di atas bumbung rumah
8----------masa makan atas meja
9 -------- semasa jalan2 cari kucing adik aku
0 -------- di dalam bilik tokwan

4-Ambil ayat dari color yang korang suka:

putih---------sebab aku suka macam tu
hitam--------sebab aku memang degil
Pink----------sebab aku memang terer
merah-------sebab ade suara yang bagitau aku
biru----------sebab aku seksi dan aku boleh buat
hijau---------sebab aku betul2 serius nak lakukan
Purple-------sebab ada orang suruh
kelabu-------sebab aku tak boleh control diri aku
kuning-------sebab ade orang ofer aku rm 100
Orange------sebab aku pikir aku bijak
cokelat------sebab aku memang boleh buat
lain2---------sebab diri aku seorang ninja!

Contoh ayat lahir pd 21/12/1989 (p/s:untuk tahun ambik no akhir ajer)
aku lari keliling ninja semasa jalan2 cari kucing adik aku sebab ade suara yang bagitau aku

So sambung ayat2 ni tgk apa ayat yg keluar dari tarikh lahir korang..

sifat lelaki melalui bulan kelahirannya


Nota: Jangan jadikan ini sebagai rujukan. Just untuk suka-suka sahaja.

Muharram
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi ***** jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.

RabiulAwal
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.

RabiulAkhir
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. bu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JamadilAwal
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang ***** atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .

JamadilAkhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .

Syaaban
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki .

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan

Rahsia Lelaki Melalui Zodiak


Adakalanya sebagai seorang lelaki anda masih tidak mengenali diri atau peribadi sendiri. Hanya rakan-rakan di sekeliling yang ikhlas untuk memberitahu anda akan menyatakan setiap kelebihan mahupun kelebihan diri anda. Namun, apakah anda mempunyai rakan yang sanggup berterus-terang? Di sini disenaraikan personaliti lelaki berdasarkan bintang atau zodiak masing-masing. Walaupun tidak kesemuanya benar, namun ia boleh dijadikan panduan. Jika anda memang mempunyai sikap buruk atau kelemahan, anda boleh memperbaiki diri anda.

Aries
Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah .Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita. Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.Nafsu syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup ,dia adalah kekasih yang bersemangat dan bernafsu. Padanya cinta adalah amat penting ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya .Ketika mula bercinta dia baik hati ,mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.

Taurus 
Dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat . Dia seorang yang praktikal serta berseni,mungkin boleh mengukir,atau melukis. Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik,malah mungkin seorang ahli muzik. Lelaki ini mudah bergaul ,suka jenaka dan ketawa.Walau bagai mana pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tariknya sendiri ,menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menari hati wanita .Dia juga adalah lelaki stabil,konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu kemanakah arah tujuan dirinya. Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya. Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya, di mana pada masa inilah dia akan merasa selamat dimana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu, dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan. Dorongan syahwatnya kuat. Dia sukakan keselesaan, makan dan mengumpul harta. Kebolehanya menghias rumah, dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik. Oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang telah biasa, dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih suka bergaul dan bijaksana.

Gemini 
Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik,adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya.Dia seorang yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri.. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain .Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri ,yang tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya .Dia suka kepada luahan emosi ,kerana itu dianggap kebudakan dan remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal , bukan hati. Lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan .Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan dari rasa berahi.Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh , kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya ,yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya ,Wanita yang ideal ialah yang banyak harta ,lebih tua, tetapi dia boleh jugak memilih wanita muda ,yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya.

Cancer 
Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan .Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut dilakukan terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan . Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita .Jika dia belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka berfoya-foya .Dalam pwergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup .Mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan pendapatan baik.Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia , dan amat sukar untuk bercerai.

Leo
Dia seorang yang agak tinggi ,kurus , gerakanya cepat tetapi lembut. Matanya besar dan menarik , dan rambutnya ikal .Bibirnya mungkin nipis .Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan berpersonaliti kuat , ini membolehkannya maju dan memimpin . Dia juga suka menjadi popular dan di puji .Kehidupan cinta adalah penting padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya penting .Bila dia terlibat dalam hal romantik , dia mudah bernafsu tetapi mudah pula reda Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah , tapi pasanganya perlulah menghormatinya , dan setia, kerana dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu sebagai isterinya , jangan mudah anda melihat atau merngerling lelaki lain .Lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai tempat berehat , dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.

Virgo 
Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana , bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas , matanya nampak sedih tetapi lembut , dan ini menarik perhatian wanita . Sifatnya amat berhati-hati , nafsu syahwatnya rendah , dan kerana ini , dia kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan .Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan .Dia mahukan kesempurnaan , sentiasa mahu mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh cinta .Dia mengkritik dan mengadu.Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci , juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan mengambil berat . Dia akan mengkahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya secukupnya . Sifat bimbangnya membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan , dan ini menjadikan dia kekasih yang kurang memuaskan , dan dia cepat sekali menyalahkan orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah .Dia juga mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasannya.

Libra
Dia seorang yang seksi , tubuhnya agak menarik , pakainya agak kemas ada gaya bersih dan segar. Matanya biasanya besar , bersinar dan menarik.Mulutnya agak penuh dan menawan .Jika lelaki mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit , atau bahu yang kecil. Lelaki Libra tidak gemar tangannya kotor , dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut , pereka fesyen atu menjual barangan kecantikan .Sikapnya terbuka , menyenangkan , suka bergaul , ramai kawan .Sopan dan simpati .Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak di sukainya ,ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai .Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita , emosinya di kawalnya dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi .Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati , kemudian setelah beberap lama , sikap itu tenggelam .Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju , wangian , atau perabot .Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang di anggap penting.

Scorpio
Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana .Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas ,hidungnya mempunyai hujungan yang lembut dan lubang hidungnya besar .Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain .Samada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan , dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bial dia kegelisahan .Dia seorang yang intuitif dan mudah tersinggung perasaannya tetapi dapat menyembunyikan keadan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal .Dia akan berusaha bertahun- tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam .Suka jika dapat menunjukkan kuasa , dan nampak lebih dominan dalam perhubungan .Dalam hal seksual ,dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.

Sagittarius
Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya .Dia adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat yang menawan .Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -undang , agama atau politik . Tubuh badannya agak tinggi , tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin berisi semakin tua .Mukanya panjang ,dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan ketika suka hidung itu menjadi kembang .Giginya besar .Dari segi berpakaian , dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki yang agak boros , dan jika tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam perjudian .Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati .Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .Ramai lelaki berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang menyimpan wanita lain .

Capricorn
Lelaki ini lebih berhati- hati dalam hidup , dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan kaedah .Dia tidak suka menukar -nukar rancangan yang telah dibuatnya .Dia agak pendiam ,suka bekerja sendiri .Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang di lakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun .Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek .Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya .Lelaki ini sukar jatuh cinta ,tetapi jika sudah jatuh cinta ,dia akan amat mencintai .Dalam hidup bercinta ,dia kurang di sukai .Dia mementingkan keluarganya , dan dia akan akan menyatakan apa yang dia fikirkan .Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan .Dalam pergaulan , dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif.

Aquarius
Tubuhnya agak tinggi, dan kurus , tangan dan kakinya besar , bahunya lebar .Mungkin rambutnya nipis .pakaiannya agak luar biasa.Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek .Dia agak kurang romantik .Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa .Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang .Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan , tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya .Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat .Dari segi seksual dia lebih mementingankan seks dari kasih sayang , dan dia lebih suka kepada ramai pasangan . Walaupun begitu , dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati kekasihnya .Sebagai lelaki , dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik , tetapi dia adalah mengecewakan dari segi membuat komitmen .

Pisces
Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat dan besar serta berjerawat .Dari segi berpakaian ,mungkin dia kelihatan kurang kemas .Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik , dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati .Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang . Dia tidak suka berkelahi dan sedaya upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain , dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan .Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan , menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita . Dia agak sukar dari segi membuat keputusan , dan agak bertangguh untuk kahwin . Oleh kerana kelemahan ini , dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan .Tapi dari segi bercinta , dia adalah seorang yang hangat , mengambil berat dan mengasihi , serta menghiburkan

Samsung External Hard Disk Made In China

ni lah rupa external hard disk yang di beli secara online, memang murah gila tapi..........










berbaloi dengan harga yang ditawarkan kualiti pun ok untuk 3rd world yg baru nak membangun..........

Gambar-Gambar Kemalangan Mobile Crane, Tower Crane, Crawler Crane

Malang Tidak Berbau, Jadi Berhati-Hatilah Bila Sedang Bertugas.........











ni baru sikit, kalau nak tengok yang berdarah search kat google : kemalangan kren